Page 91 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 91
PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
2021 - 2025 2021 - 2025
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
6.2 STRATEGI 1: PEMANTAPAN TADBIR URUS DIGITAL
Pemantapan tadbir urus digital adalah merupakan strategi untuk meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan tadbir urus perkhidmatan digital KKM. Terdapat tiga
program di bawah pemantapan tadbir urus digital yang dikenal pasti iaitu:
1 2 3
Pemerkasaan Pemerkasaan Dasar Pemantapan
Rasionalisasi Tadbir dan Polisi Digital
Pengurusan
Urus Digital Di Semua Perkhidmatan Perolehan Digital
Peringkat Kesihatan
6.2.1 Program 1 : Pemerkasaan Rasionalisasi Tadbir Urus Digital Di Semua Peringkat
Program ini dirancang untuk mengemas kini jawatankuasa tadbir urus ICT, naziran
tatacara tadbir urus pelaksanaan projek ICT, melaksanakan bengkel dan menambah
baik garis panduan berkaitan aspek tadbir urus digital supaya selari dengan polisi dan
peraturan semasa yang berkuat kuasa.
Aktiviti bagi program ini adalah merangkumi perkara berikut:
i. Mengemas kini senarai jawatankuasa tadbir urus ICT di agensi (JKN, Institut,
Bahagian) dan fasiliti kesihatan;
ii. Membuat naziran tatacara pelaksanaan projek ICT di JKN;
iii. Melaksanakan bengkel atau taklimat tadbir urus ICT kepada Ketua Unit ICT IPKKM
dan Negeri; dan
iv. Menambah baik garis panduan tadbir urus ICT dari semasa ke semasa mengikut
peraturan semasa.
69