Page 92 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 92
PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
2021 - 2025 2021 - 2025
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Perincian bagi program ini adalah seperti di Jadual 6-1.
Jadual 6-1: Pemerkasaan Rasionalisasi Tadbir Urus Digital Di Semua Peringkat
i. Memperkasakan organisasi dan tadbir urus ICT di agensi
(JKN, Institut, Bahagian) dan fasiliti kesihatan
ii. Memastikan modal insan yang berdaya saing dan
Objektif kompeten
iii. Mengekalkan kepakaran dan bakat dalaman
iv. Mewujudkan tadbir urus pengurusan dan penyelarasan
data kesihatan
Tempoh Masa Januari 2022 hingga Disember 2025
Pemilik Program Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
Jun 2022
Satu senarai Jawatankuasa dikemaskini beserta terma
rujukan.
Setiap Tahun
i. Satu laporan naziran tatacara pelaksanaan projek ICT
Sasaran disediakan.
ii. Satu bengkel atau taklimat berkaitan tadbir urus digital
dilaksanakan.
Sepanjang 5 tahun
Sekurang-kurangnya tiga garis panduan tadbir urus digital
dikemaskini sejajar dengan agensi pusat atau keperluan
semasa.
Keutamaan Tinggi
6.2.2 Program 2: Pemerkasaan Dasar dan Polisi Digital Perkhidmatan Kesihatan
Program ini dirancang untuk memastikan dasar dan polisi digital perkhidmatan
kesihatan terkini, dipatuhi dan diamalkan.
Aktiviti bagi program ini adalah merangkumi perkara berikut:
i. Menyediakan atau mengemaskini polisi dan prosedur ICT sedia ada seperti:
• Garis Panduan Perkhidmatan Pencetakan;
• Garis Panduan Pelaksanaan Sidang Video (VC) KKM;
• Garis Panduan Perkhidmatan MyGovCloud KKM;
• Garis Panduan Pembangunan Aplikasi KKM.
ii. Membuat naziran dasar dan polisi digital perkhidmatan kesihatan; dan
iii. Melaksanakan program Hari ICT KKM.
70