Page 11 - E Buletin Dis 2019
P. 11
Simposium Pembedahan
Global 2019
ada 21 Disember 2019 yang lalu, YBhg.
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah,
Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah
P menghadiri Simposium Pembedahan
Global 2019 yang dianjurkan oleh Rangkaian
Pembedahan Pelajar Antarabangsa (InciSioN)
Malaysia. Simposium ini bertujuan untuk
memperkenalkan jurang akses pembedahan
secara global dengan membincangkan tentang
penyelidikan dalam pembedahan global yang
merangkumi 3 kepakaran utama: Pembedahan,
Anestesia dan Obstetrik & Ginekologi. Dalam
simposium ini juga, terdapat juga sesi ceramah
mengenai ‘The Lancet Commission on Global
Surgery 2030’ oleh Dr. Scott Corlew dari
Program Pembedahan Global & Perubahan
Sosial, Sekolah Perubatan Harvard. YBhg.
Datuk Dr. KPK amat menggalakkan doktor muda
dan pelajar perubatan bekerja secara kolektif
dalam meningkatkan kesedaran tentang isu
kesihatan global, pembedahan yang selamat
dan berpatutan, pembangunan profesional dan
matlamat pembangunan mampan.
E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2019 08