Page 11 - E Buletin Nov 2019
P. 11
Halatuju Keselamatan dan Penjagaan Kesihatan
di Malaysia
ada 16 November 2019, YBhg. Datuk
Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua
Pengarah Kesihatan (KPK) telah
P memberi ucaptama mengenai halatuju
keselamatan dan penjagaan kesihatan
Malaysia dan nasihat kerjaya pembedahan
kepada pelajar perubatan di Simposium
Pembedahan Pelajar Malaysia ke-2 yang
diadakan di Kampus International Medical
University (IMU), Seremban. Program tersebut
menandakan pencapaian setahun pelancaran
Persatuan Pembedahan Pelajar Malaysia
(MSSS) yang merupakan badan pelajar
kebangsaan dalam bidang pembedahan.
Selain daripada ceramah dan sesi interaktif
di simposium, terdapat juga sesi bertemu
dengan pakar bedah dari pelbagai bidang
pembedahan dan beberapa bengkel kemahiran
dengan fokus dari teknik pengalihan kepada
ultrasound dalam pembedahan. Menurut KPK
pembedahan adalah kerjaya yang mencabar
dan memerlukan semangat yang mendalam,
kehendak yang kuat dan ketangkasan.
E-BULETIN KKM EDISi November 2019 08