Page 12 - E Buletin Nov 2019
P. 12

AirAsia No Smoking Campaign








                                                                          B  Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly Ahmad,
                                                                          Menteri Kesihatan Malaysia telah
                                                                          merasmikan  “AirAsia No Smoking
                                                                YCampaign”  di  AirAsia Red Q  pada
                                                                11 November 2019 yang lalu. Dalam program
                                                                tersebut,  YB Menteri telah menzahirkan
                                                                ucapan tahniah kepada Syarikat Penerbangan
                                                                AirAsia kerana telah menjadi sebuah syarikat
                                                                penerbangan  pertama melaksanakan  polisi
                                                                bebas penjualan produk tembakau dalam
                                                                penerbangan.  Dalam perkembangan  lain,
                                                                AirAsia juga telah mengorak langkah dengan
                                                                pematuhan Larangan Merokok dengan
                                                                jarak 500m dari premis pejabat  AirAsia
                                                                di serata dunia  serta melarang  penjualan
                                                                produk tembakau dalam platform online iaitu
                                                                OURSHOP.  Menerusi daya usaha melalui
                                                                aktiviti  yang sedang  dilaksanakan  dalam
                                                                Kempen Anti Merokok ini, YB Menteri Kesihatan
                                                                telah mengumumkan  Anugerah Pencapaian
                                                                Cemerlang  Kempen  Blue Ribbon kepada
                                                                CEO AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes
                                                                sebagai  pengiktirafan  kepada  individu  yang
                                                                menunjukkan  komitmen dan dedikasi luar
                                                                biasa dalam menjalankan Kempen Larangan
                                                                Merokok secara sukarela yang memberikan
                                                                impak positif kepada orang awam, bukan
                                                                sahaja di Malaysia malah di peringkat dunia.
                                                                Dalam hal ini, KKM juga berbesar  hati turut
                                                                mengumumkan  Bangunan  Red Q,  AirAsia
                                                                sebagai bangunan  tempat  kerja yang 100%
                                                                bebas asap rokok termasuk rokok elektronik
                                                                yang seterusnya layak menerima  pensijilan
                                                                Blue Ribbon Beyond.




























          09 E-BULETIN KKM EDISi November 2019
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17