Page 106 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 106

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                                                                                                                              PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
                 2021 - 2025                                                                                                                                                                                      2021 - 2025

                 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                                                                                                                                    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


               7.3.1   Program 1: Penggalakan Secara Berterusan Dalam Penghasilan Inovasi Digital Di
                       Semua Peringkat Di KKM (IPKKM, JKN, Institusi dan Fasiliti)

                       IPKKM, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), institusi dan fasiliti di KKM perlu berani berubah
                       dan  mencuba  pendekatan  sistem  penyampaian  perkhidmatan  yang  lebih  inovatif  ke
                       arah menepati perkembangan  kehendak pelanggan. Pembudayaan inovasi adalah
                       sebahagian daripada gerakan transformasi sektor awam di samping menyokong
                       peningkatan daya saing negara. Penggalakkan penghasilan inovasi digital amat
                       diperlukan sebagai persaingan sihat di antara IPKKM, JKN, institusi dan fasiliti di KKM
                       dalam meningkatkan kecekapan serta mengawal kos dalam menangani kekangan
                       sumber kewangan semasa. Butiran program ini adalah seperti di Jadual 7-4.



                        Jadual 7-4: Penggalakan Secara Berterusan Dalam Penghasilan Inovasi Digital di
                                Semua Peringkat di KKM (IPKKM, JKN, Institusi dan Fasiliti KKM)


                       Objektif           Menggalakan penyertaan dalam pertandingan inovasi digital di
                                          pelbagai peringkat
                       Tempoh Masa        2022 hingga 2025

                       Pemilik Program    Penganjuran Bengkel
                                          Unit Inovasi dan Kualiti, Bahagian Khidmat Pengurusan

                                          Pelaporan Tahunan
                                          IPKKM/JKN/ Fasiliti
                       Sasaran            Penganjuran Bengkel
                                          Setiap tahun
                                          Mengadakan bengkel/kursus/seminar/taklimat satu kali setahun.
                                          Pelaporan Tahunan
                                          Setiap tahun
                                          Pelaporan tahunan mengenai status pelaksanaan hasil inovasi
                                          digital disediakan satu kali setahun.
                       Keutamaan          Tinggi





               7.3.2   Program 2: Pengiktirafan Inovasi Digital

                       Penghasilan inovasi secara berterusan dan berimpak tinggi dapat meningkatkan
                       kecekapan sesuatu proses atau penyampaian perkhidmatan KKM kepada kumpulan
                       sasar. Pengiktirafan serta penghargaan kepada warga KKM yang berjaya menghasilkan
                       inovasi yang signifikan diberikan sebagai galakan ke arah pelestarian pembudayaan
                       inovasi digital di fasiliti KKM. Hasil inovasi perlu diperkenalkan dan disebar luas kepada
                       fasiliti KKM lain dalam menggalakkan perkongsian pintar sesama agensi sebagai
                       langkah sinergi.

















         84
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111