Page 107 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 107
PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
2021 - 2025 2021 - 2025
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Perincian program ini adalah seperti di Jadual 7-5.
Jadual 7-5: Pengiktirafan Inovasi Digital
Objektif Mengiktiraf inovasi digital seperti produk, perkhidmatan,
proses kerja dan teknologi yang berjaya meraih anugerah dan
pengiktirafan di pelbagai peringkat.
Tempoh Masa 2021 hingga 2025
Pemilik Program Unit Inovasi dan Kualiti, Bahagian Khidmat Pengurusan
Sasaran Setiap tahun
i. AIKKM dan Anugerah KIK diadakan satu kali setahun
ii. Hebahan fizikal dan digital minima dua kali setahun
iii. Mencalonkan sekurang-kurangnya satu hasil projek ICT
menyertai pameran/ ekspo/ pertandingan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa tertakluk kepada pelawaan
Keutamaan Tinggi
7.4 STRATEGI 3: PENGUKUHAN KEUPAYAAN
PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN
PENGKOMERSIALAN (R, D & C) KESIHATAN DIGITAL
Penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R, D & C) kesihatan digital amat
diperlukan untuk meningkatkan daya saing kesihatan digital di Malaysia selaras dengan
Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Di antara teknologi IR 4.0 yang terlibat dalam sektor
kesihatan adalah seperti genomik, kejuruteraan genetik, teknologi nano, biologi sintetik,
data sains, artificial intelligence (AI), robot dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, dua program telah dirangka di dalam strategi ini seperti
berikut:
1 2
Pemantapan Jalinan Pemerkasaan Fungsi Institusi
Kolaborasi Strategik Dengan Penyelidikan Kesihatan/Fasiliti/
Pelbagai Agensi Dalam Individu Yang Terlibat Dalam R,
Bidang R, D & C Kesihatan D & C Emerging Technologies
Digital Berkaitan Kesihatan Digital
85