Page 109 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 109

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                       PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
 2021 - 2025                                                                               2021 - 2025

 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                             KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


                             Jadual 7-7: Pemerkasaan Fungsi Institusi Penyelidikan Kesihatan/Fasiliti/ Individu Yang
                                  Terlibat Dalam R, D & C Emerging Technologies Berkaitan Kesihatan Digital


                          Objektif           Mengoptimumkan R, D & C dalam  emerging technologies
                                             berkaitan kesihatan digital
                          Tempoh Masa        Januari 2021 hingga Disember 2025
                          Pemilik Program    Big Data Analytics (Research) Ekosistem
                                             Institut Kesihatan Malaysia (NIH)

                                             Platform  Digital  Kepintaran  Buatan  (AI)  &  Langganan Jurnal
                                             Saintifik
                                             Cawangan  Penilaian  Teknologi  Kesihatan  (MaHTAS),  Bahagian
                                             Perkembangan Perubatan (BPP)
                          Sasaran            Big Data Analytics (Research) Ekosistem
                                             Disember 2023
                                             Penyediaan sekurang-kurangnya satu sandbox untuk salah satu
                                             emerging technologies dan naik taraf sandbox
                                             Disember 2025
                                             i.   Sekurang-kurangnya 10 pegawai dilatih untuk ekosistem
                                                 Business Data Analytics.
                                             ii.  Penyediaan satu platform fungsi semak keselamatan siber
                                                 secara tahunan selesai.
                                             Platform Digital Kepintaran Buatan (AI)
                                             Disember 2025
                                             Platform digital kepintaran buatan berjaya dilaksanakan.

                                             Langganan Jurnal Saintifik
                                             Setiap tahun
                                             Langganan pangkalan jurnal saintifik bagi aktiviti evidence-based
                                             medicine dalam pembentukan laporan setiap tahun.
                          Keutamaan          Tinggi

                  7.5  RUMUSAN


                         Pemerkasaan, peluasan dan pembudayaan pendigitalan merupakan satu strategi yang
                         penting bagi memastikan program kesihatan digital yang dirancang berjalan dengan
                         lancar dengan persediaan modal insan di KKM yang komprehensif. Pengukuhan dan
                         pembudayaan digital melalui pembangunan rangka kerja kompetensi dan penggunaan
                         teknologi digital dapat meningkatkan kemahiran dan kepakaran pegawai di KKM dalam
                         bidang kesihatan digital.

                         Pemikiran kreatif dan inovatif turut menjadi pemangkin usaha pendigitalan dalam
                         perkhidmatan awam. Selaras dengan itu, pengiktirafan dan penggalakkan inovasi
                         secara berterusan dapat menggalakkan lebih banyak inovasi digital dihasilkan untuk
                         meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.  Penyelidikan, pembangunan dan
                         pengkomersialan (R, D & C) kesihatan digital amat diperlukan untuk meningkatkan
                         daya saing kesihatan digital di Malaysia selaras dengan  Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
                         Pemantapan  dan pemerkasaan  kolaborasi dalam bidang penyelidikan, pembangunan
                         dan pengkomersialan (R, D & C) membuka peluang kepada institusi, individu dan
                         fasiliti dalam  memperolehi atau  berkongsi teknologi terkini bagi meningkatkan mutu
                         perkhidmatan KKM.

                         Diharapkan tiga strategi dan tujuh program yang telah dirancang di bawah Teras
                         Strategik 4 dapat menyokong pelaksanaan inisiatif pendigitalan perkhidmatan
                         kesihatan melalui pembangunan modal insan, institusi dan fasiliti di KKM.


                                                                                                             87
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114