Page 108 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 108

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                                                                                                                              PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
                 2021 - 2025                                                                                                                                                                                      2021 - 2025

                 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                                                                                                                                    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


               7.4.1   Program 1: Pemantapan Jalinan Kolaborasi Strategik Dengan Pelbagai Agensi Dalam
                       Bidang R, D & C Kesihatan Digital

                       Jalinan kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi dalam bidang R, D & C kesihatan
                       digital mampu mengembang dan memanfaatkan pengetahuan baharu dan teknologi
                       terkini. Melalui seminar dan persidangan antarabangsa, kertas penyelidikan, kepakaran
                       dan  technology  transfer  dapat  dikongsi  bersama  dalam  membentuk  satu  kolaborasi
                       yang memberikan manfaat kepada kesihatan digital KKM. Perincian program ini adalah
                       seperti di Jadual 7-6.


                                    Jadual 7-6: Pemantapan Jalinan Kolaborasi Strategik Dengan
                                      Pelbagai Agensi Dalam Bidang R, D & C Kesihatan Digital


                           Objektif          Meningkatkan kualiti R, D & C kesihatan digital
                           Tempoh Masa       Mac 2022 hingga Disember 2025
                           Pemilik Program   Institut Kesihatan Malaysia (NIH)
                           Sasaran           Disember 2024
                                             Mengadakan visibility program sekurang-kurangnya tiga kali
                                             seperti roadshow dan persidangan
                                             Disember 2025
                                             Sekurang-kurangnya 10 pegawai dilatih untuk projek IR 4.0
                                             Disember 2023
                                             Penyediaan kerangka kolaborasi untuk projek berkaitan
                                             dengan IR 4.0 yang menjurus keperluan inovator

                                             Disember 2025
                                             Penyediaan garis panduan penilaian aplikasi AI dalam
                                             kesihatan digital dan polisi pengkomersilan harta intelek
                           Keutamaan         Tinggi





               7.4.2   Program 2: Pemerkasaan Fungsi Institusi Penyelidikan Kesihatan Fasiliti/Individu
                       Yang Terlibat Dalam R, D & C Emerging Technologies Berkaitan Kesihatan Digital

                       Data dan maklumat penyelidikan merupakan harta intelek kerajaan yang tidak ternilai.
                       Hasil  kajian  penyelidikan  perlu  dikongsi  untuk  digunakan  oleh  semua  peringkat
                       pengguna. Data dan maklumat penyelidikan berkredibiliti diperlukan untuk membuat
                       sebarang keputusan, meningkatkan kajian penyelidikan baharu termasuk penerbitan.
                       Selain itu,  emerging technologies berkaitan kesihatan digital dalam R, D & C perlu
                       diperkasakan bagi memanfaatkan sepenuhnya dalam mengubah lanskap KKM seiring
                       perkembangan semasa dan norma baharu.  Beberapa aktiviti  telah dirangka di bawah
                       program ini seperti di Jadual 7-7.
















         86
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113