Page 40 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 40

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                                                                                                                              PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
                 2021 - 2025                                                                                                                                                                                      2021 - 2025

                 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                                                                                                                                    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



               2.3.4  Keupayaan ICT

                     Penilaian  untuk  domain  ini telah  dibuat  berdasarkan  kepada tiga sub  domain  iaitu
                     kompetensi, pembudayaan dan pengiktirafan. Templat yang digunakan untuk kajian ini
                     adalah A7: Penilaian Keupayaan ICT. Penemuan adalah seperti di Jadual 2-3.


                                           Jadual 2-3: Penemuan Keupayaan ICT


                       BIL.   SUB DOMAIN                             PENEMUAN
                      1.    Kompetensi        i.   Pelaksanaan latihan teknikal ICT sepanjang tahun 2016
                                                  - 2019 adalah terhad (ICT Generik – 190 dan ICT Teknikal –
                                                  145);
                                              ii.   67% JKN, 60% Hospital dan 17% PKD/PKPD telah
                                                  menjalankan latihan Office Automation, kursus berkaitan
                                                  aplikasi (iGFMAS, BBIS, HIS, ASET, TPC dan eP) dan kursus
                                                  Teknikal ICT seperti (Networking, Database, Coding,
                                                  WebDev dan Mobile App);
                                              iii.  17% KK/KP/KKIA/KD telah melaksanakan kursus aplikasi
                                                  seperti (MyHDW, NDR);
                                              iv.  13% Institut di KKM menyatakan tiada platform secara
                                                  dalam talian khusus untuk Pengajar dan Pelatih di
                                                  Institut Latihan KKM (ILKKM) menjalani sesi Pengajaran
                                                  dan Pembelajaran (PdP);
                                              v.   Perjawatan pegawai ICT yang tidak seimbang dengan
                                                  keperluan sebenar di KKM berbanding sistem dan
                                                  aplikasi yang dibangunkan; dan
                                              vi.  Didapati hanya 29 perjawatan pegawai ICT yang
                                                  ditempatkan di PKD, di mana PKD banyak terlibat dalam
                                                  penggunaan pelbagai sistem dan aplikasi berkaitan
                                                  kesihatan awam.
                      2.    Pembudayaan       i.   Promosi bagi meningkatkan kesedaran pembudayaan
                                                  ICT dilaksanakan di peringkat IPKKM (67%), JKN (20%),
                                                  hospital (60%), PKD/PKPD (7.4%) dan KK (24%);
                                              ii.   Tahap kesedaran dan penghayatan warga KKM
                                                  berhubung Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KKM adalah
                                                  rendah di mana hanya 18% fasiliti KKM menyatakan
                                                  kesedaran berhubung DKICT. Manakala 25% fasiliti
                                                  menyatakan kesedaran mengenai pembudayaan ICT
                                                  melalui buletin, email dan portal.
                                              iii.  Tahap pembudayaan ICT masih rendah kerana masih
                                                  terdapat penggunaan dokumen fizikal atau hardcopy
                                                  dalam tugasan rutin.
                                              iv.  Lebih 90% fasiliti di peringkat klinik kesihatan/ klinik
                                                  desa/ klinik kesihatan ibu dan anak dan klinik komuniti
                                                  adalah berstatus klinik manual; dan
                                              v.   70% fasiliti menyatakan aktiviti pemantauan dan promosi
                                                  perlu dilaksanakan secara berterusan.
                      3.    Pengiktirafan     Penyertaan yang rendah serta tidak konsisten di kalangan
                                              warga KKM dalam pelbagai pertandingan inovasi ICT atau
                                              pendigitalan.





         18
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45