Page 41 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 41
PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
2021 - 2025 2021 - 2025
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
2.4 ANALISIS JURANG ICT
Analisis jurang telah dijalankan oleh pasukan PSP KKM 2021-2025 meliputi empat domain:
i. Aplikasi dan Data
ii. Infrastruktur dan Keselamatan ICT;
iii. Tadbir Urus ICT; dan
iv. Keupayaan ICT.
2.4.1 Aplikasi Dan Data
Sebanyak 175 aplikasi telah dinilai iaitu terdiri daripada 57% aplikasi teras, 40% aplikasi
sokongan, 1% data raya dan 2% data terbuka. Aplikasi dinilai dengan lebih terperinci
menggunakan pendekatan analisis berdasarkan audit grid mengikut empat aspek
berikut:
i. Kebergantungan kepada aplikasi lain dan ketersediaan untuk diintegrasi;
ii. Kekerapan penggunaan aplikasi oleh pengguna dan impak kepada strategi bisnes;
iii. Kekerapan penggunaan aplikasi oleh pengguna dan fungsi aplikasi memenuhi
keperluan bisnes; dan
iv. Kekerapan penggunaan aplikasi oleh pengguna dan tahap prestasi aplikasi.
Tinggi
Reassess Maintain/Enhance
Aplikasi patut dinilai semula (reassess) jika niai Aplikasi patut dikekalkan (maintain/enhance)
teknikalnya tinggi tetapi nilai bisnesnya rendah. atau dipertingkatkan jika kedua-dua nilai bisnes
dan teknikal adalah tinggi. Aplikasi sedia ada
Ini berlaku jika aplikasi tersebut kurang
digunakan
fungsi-fungsi
atau
mempunyai
mungkin berteraskan kepada teknologi terkini
berlebihan yang tidah diperlukan. Aplikasi
dan boleh diperkembangkan lagi. Selain itu
penggunaannya dalam aktiviti-aktiviti bisnes
seperti ini perlu dikaji semula penggunaan dan
Jabatan adalah tinggi.
pelaksanaannya.
Nilai Teknikal = degree of aplication performance Aplikasi patut dihapuskan (eliminate) jika Aplikasi patut diganti jika nilai teknikalnya
Renew/Replace
Eliminate
rendah tetapi mempunyai nilai bisnes yang
kedua-dua nilai bisnes da teknikal adalah rendah.
tinggi. Aplikasi tersebut menggunakan teknologi
Ini mungkin disebabkan Jabatan tidak lagi
legasi/ lapuk dan perkhidmatan sokongan
menyokong fungsi bisnes tertentu.
adalah terhad atau telah dimansuhkan. Sistem
baru yang menggunakan teknologi terkini perlu
dibangunkan bagi memenuhi keperluan bisnes
Jabatan.
Rendah Tinggi
Nilai Bisnes = impact to business+level of fitness/2
Rajah 2-4: Hasil Analisis Sistem Audit Grid
Hasil penilaian terhadap aplikasi sedia ada dirumuskan dalam empat kategori iaitu
Reassess, Maintain/Enhance, Eliminate dan Renew/Replace seperti yang digambarkan di
Rajah 2-4.
Hasil penilaian audit grid untuk 175 sistem aplikasi ialah:
i. 141 sistem aplikasi perlu dikekalkan dan dinaik taraf (Maintain/Enhance);
ii. 12 sistem aplikasi perlu dinilai semula (Reassess);
iii. 5 sistem aplikasi perlu dihapuskan (Eliminate); dan
iv. 17 sistem aplikasi perlu diganti (Renew/Replace) dengan sistem yang baru.
Ringkasan bilangan aplikasi mengikut kategori dan program adalah seperti di Rajah 2-5.
19

