Page 52 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 52
PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
2021 - 2025 2021 - 2025
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
3.1 PENGENALAN
Hala tuju strategik PSP KKM 2021-2025 dibentuk berdasarkan kepada hasil analisis
persekitaran bisnes dan ICT semasa di bahagian, jabatan, institusi dan fasiliti di KKM.
Hala tuju PSP KKM 2021-2025 bertujuan menyokong perancangan strategik KKM dalam
memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan cekap. Hala tuju ini dijelaskan
menerusi pernyataan visi ICT, misi ICT, teras strategik, strategi, program serta pelan tindakan
yang dihasilkan.
3.2 KERANGKA PSPSA 2021-2025
Kerangka PSPSA terdiri daripada empat komponen utama iaitu visi pendigitalan
sektor awam, tujuh teras strategik pendigitalan, 10 prinsip panduan dan sembilan
ekosistem pemboleh daya. Strategi PSP KKM 2021-2025 perlu sejajar dengan rangka
kerja pendigitalan sektor awam supaya PSP KKM 2021-2025 dapat memacu strategi ke
arah mencapai matlamat pendigitalan sektor awam. Kerangka kerja Pelan Strategik
Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 yang diterbitkan oleh pihak MAMPU
dijadikan rujukan utama. Teras Strategi PSP KKM 2021-2025 telah dijajarkan dengan
kerangka PSPSA 2021-2025 seperti di Rajah 3-1.
TS4 TS1
Pemerkasaan, Pemerkasaan
Peluasan dan Perkhidmatan
Pembudayaan Kesihatan Digital
Pendigitalan Bersepadu dan Inklusif
INKLUSIF
TS2 TS3
Kesinambungan Tadbir Urus
Perkhidmatan Digital Digital Dinamik
Mampan dan Selamat dan Tangkas
Rajah 3-1 : Pemetaan Teras Strategi PSP KKM 2021-2025
dengan Kerangka PSPSA 2021-2025
30

