Page 112 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 112

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                                                                                                                              PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
                 2021 - 2025                                                                                                                                                                                      2021 - 2025

                 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                                                                                                                                    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


               8.1  PEMBANGUNAN ENTERPRISE ARCHITECTURE
                       KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


               8.1.1   Latar Belakang Enterprise Architecture


                       Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2020 bertajuk
                       MyGovEA:  Pelaksanaan  Pendekatan  Reka  Bentuk  Berstruktur  Ekosistem  Organisasi
                       Perkhidmatan Awam oleh MAMPU bertujuan untuk memberikan panduan kepada
                       organisasi bagi menjalankan analisis, reka bentuk, perancangan dan pelaksanaan
                       strategi melalui  Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) bagi
                       membina amalan Enterprise Architecture (EA).

                       Pelaksanaan  EA  membolehkan  organisasi  mengenal  pasti  dan  memperkemas semula
                       perkhidmatan yang disediakan dengan memahami struktur, fungsi, perkhidmatan,
                       proses kerja, data yang digunakan serta aplikasi dan teknologi yang menyokong
                       perkhidmatan organisasi.

                       Pendekatan  MyGovEA  merupakan pemudah cara untuk melaksanakan penjajaran
                       strategi dan teras perkhidmatan kerajaan berlandaskan prinsip saling kendali
                       (interoperability) dan Whole of Government (WoG). KKM telah mengadaptasi kerangka
                       dan metodologi MyGovEA dalam membangunkan amalan EA demi mencapai aspirasi
                       Kerajaan Digital.

                       Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan Kementerian akan dapat berinteraksi
                       dengan perkhidmatan kerajaan dan industri lain dengan lebih mudah dan menyeluruh
                       kerana semua elemen telah diambil kira berpandukan EA yang dibangunkan
                       sekaligus berupaya meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran kerajaan serta
                       perkhidmatan sepunya. Kementerian berupaya menganggarkan keperluan mereka
                       bentuk penyelesaian perkhidmatan masing-masing menggunakan kemampuan dan
                       sumber yang dimiliki.

                       Penjenamaan Pelan Strategik ICT kepada Pelan Strategik Pendigitalan juga merupakan
                       salah  satu faktor pembangunan EA  yang  lebih tertumpu  kepada  Strategy Level yang
                       merupakan aras tertinggi dalam pembangunan EA. Untuk tujuan penyesuaian bersama
                       metodologi PerSI, pembangunan EA pada peringkat ini hanya difokuskan kepada
                       pembangunan lima (5) rajah arkitektur sahaja demi memenuhi keperluan penjenamaan
                       daripada Pelan Strategik ICT kepada Pelan Strategik Pendigitalan. Lima rajah arkitektur
                       ini  juga  merupakan  artifak  peringkat  tinggi  yang  boleh  dijadikan  panduan  asas  bagi
                       pembangunan EA Kementerian.

               8.1.2   Objektif Pembangunan EA


                       EA yang dibangunkan mampu memberi gambaran ekosistem organisasi yang melibatkan
                       interaksi di antara elemen organisasi dan merangkumi struktur, proses, perkhidmatan,
                       aplikasi dan teknologi selain:
                       i.   Memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan sedia ada dengan
                          mengambil kira pendigitalan perkhidmatan;
                       ii.  Perkongsian data merentasi agensi sektor awam dan industri bagi merealisasikan
                          penyampaian perkhidmatan digital berpacukan data;
                       iii.  Pengoptimuman kapasiti sumber dan infrastruktur digital kerajaan melalui tadbir
                          urus secara berpusat serta jaringan kolaborasi strategik merentas agensi; dan





         90
         90
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117