Page 114 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 114
PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
2021 - 2025 2021 - 2025
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Champion EA akan dibantu oleh pasukan Subject Matter Expert (SME) yang terdiri
daripada pakar program utama di Kementerian. SME dilantik daripada Bahagian
Pengurusan Maklumat, Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Program
Perkhidmatan Farmasi, Bahagian Perkembangan Perubatan dan Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan. SME akan dilantik mengikut keperluan EA dan akan
dikemaskini dari semasa ke semasa.
Pasukan arkitek terbahagi kepada empat (4) domain iaitu domain data, business,
aplikasi dan teknologi. Pasukan arkitek domain data bertanggungjawab menguruskan
penyimpanan, piawaian dan pengintegrasian maklumat kritikal Kementerian dan
dianggotai oleh wakil Bahagian Perancangan, Bahagian Pengurusan Maklumat dan
Program Perkhidmatan Farmasi. Domain business bertanggungjawab menjajarkan
keperluan bisnes agar seiring dengan matlamat dan visi perkhidmatan Kesihatan
dan dianggotai oleh wakil dari bahagian utama di Kementerian. Domain aplikasi pula
bertanggungjawab mengenal pasti dan menyelaras keperluan aplikasi/ sistem untuk
menyokong operasi business. Ahli domain ini terdiri daripada Bahagian Pengurusan
Maklumat dan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Domain teknologi pula
bertanggungjawab memastikan perkakasan, rangkaian dan strategi operasi dibina
untuk memastikan perkhidmatan tangkas dan optimum kepada pelanggan. Ahli
domain teknologi adalah Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Perancangan.
Struktur tadbir urus EA di KKM adalah seperti di Rajah 8.1.
CHAMPION EA
PMO EA KKM
TEAM EA MAMPU
(COACHING)
SME
ARKITEK ARKITEK ARKITEK ARKITEK
DOMAIN BUSINESS DOMAIN DATA DOMAIN APLIKASI DOMAIN TEKNOLOGI
Rajah 8.1: Tadbir Urus Enterprise Architecture KKM
8.1.5 Jadual Pelaksanaan Enterprise Architecture
Pembangunan Enterprise Architecture bagi PSP KKM 2021-2025 dilaksanakan dalam
tempoh tiga (3) bulan bermula Mei 2021 sehingga Julai 2021 seperti di Jadual 8.2.
Jadual 8.2: Jadual Pelaksanaan Enterprise Architecture KKM
MEI 2021 JUN 2021 JULAI 2021
AKTIVITI M1 M2 M3 M4 M5 M1 M2 M3 M4 M1 M2
Bengkel Pembangunan
EA Bagi PSP KKM
2021-2025
Sesi Pemurnian
Pertama Artifak EA
Semakan Pertama
MAMPU
Sesi Pemurnian Kedua
Artifak EA
Semakan Kedua
MAMPU
Penulisan Bab EA
Upload ke Repositori
92
92