Page 15 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 15

RINGKASAN


                          EKSEKUTIF




                          Pelan Strategik Pendigitalan adalah pelan atau blueprint yang mengandungi
                          hala  tuju strategik  pelaksanaan  pendigitalan  yang memberi panduan dalam
                          perancangan, pembangunan dan pelaksanaan ICT selaras dengan keperluan
                          pendigitalan sesebuah organisasi untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
                          Pelan ini juga berperanan dalam mengenal pasti keperluan perkhidmatan
                          digital  berpaksikan pelanggan, kerajaan,  aplikasi dan  data, infrastruktur ICT,
                          tadbir urus ICT serta keupayaan ICT.

                          Sehubungan dengan itu, Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) untuk Kementerian
                          Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tempoh 2021 hingga 2025 telah dibangunkan
                          dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
                          Malaysia (MAMPU). PSP KKM 2021-2025 adalah pelan strategik ICT yang keempat
                          yang menggariskan keperluan aplikasi dan data, infrastruktur ICT, tadbir urus
                          ICT serta keupayaan ICT di Kementerian. Pembangunan PSP ini direalisasikan
                          dengan sokongan dan input daripada wakil domain, pihak pengurusan atasan
                          dan pemegang taruh di Kementerian. PSP KKM 2021-2025 telah dijajarkan juga
                          dengan Pelan Strategik KKM 2021-2025 dan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor
                          Awam 2021-2025 bagi menyokong keperluan proses kerja dan perkhidmatan
                          KKM.

                          PSP KKM 2021-2025 merangkumi empat teras strategik, 13 strategi dan 30
                          program pendigitalan yang akan dilaksanakan oleh bahagian, jabatan, institusi
                          dan fasiliti di Kementerian dalam tempoh masa lima tahun yang akan datang.
                          Pelaksanaan dan pencapaian program pendigitalan akan dipantau dari
                          semasa ke semasa untuk memastikan ia mencapai sasaran mengikut masa
                          yang  telah  ditetapkan.  Kerjasama  dan  komitmen  semua  pihak  diperlukan
                          dalam menjayakan pelan ini untuk mempertingkatkan sistem penyampaian
                          penjagaan kesihatan melalui  pendigitalan  demi menjamin kesejahteraan
                          rakyat.






























                                                                                                             XII
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20