Page 18 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 18

PERUTUSAN

                TIMBALAN MENTERI KESIHATAN I


                Pelan  Strategik  Pendigitalan  (PSP)  KKM  2021  -  2025  membina  asas  untuk  mendorong
                pendigitalan perkhidmatan kesihatan awam di seluruh negara.


                Pelan strategik ini bertujuan bagi mencapai perkhidmatan kesihatan digital
                yang bersepadu, berkualiti dan mampan, serta memantapkan penyampaian
                perkhidmatan kesihatan melalui ekosistem digital yang kondusif. Empat teras
                strategik, 13 strategi, 30 program dan 96 aktiviti telah dirangka melalui kajian yang
                komprehensif dengan penglibatan aktif pelbagai pihak
                berkepentingan.


                Pelaksanaan pelan ini akan memberi manfaat yang besar kepada
                pengguna perkhidmatan kesihatan awam, khususnya semua lapisan
                masyarakat, di mana taraf hidup dan kesejahteraan rakyat akan menjadi
                lebih  baik. Bagi  pihak kerajaan  pula, ia  dapat mengoptimumkan
                sumber, mengembangkan operasi dan menyediakan perkhidmatan
                yang lebih efisen dan berkesan.

                Oleh  itu,  saya  ingin  merakamkan  penghargaan  dan  terima  kasih
                kepada semua pihak yang terlibat atas usaha dan komitmen tinggi
                dalam menghasilkan PSP KKM 2021 - 2025 yang komprehensif demi
                kesejahteraan rakyat.


                YB DATO’ DR. HAJI NOOR AZMI BIN GHAZALI
                Timbalan Menteri Kesihatan I






                                PERUTUSAN

                                TIMBALAN MENTERI KESIHATAN II


                                Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
                                semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam usaha menyediakan
                                pelan ini.


                                Pelan ini dirangka untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Kedua Belas
                                (RMKe-12) dalam mempertingkatkan sistem penyampaian penjagaan
                                  kesihatan  ketika  kerajaan  berusaha  menuju  Wawasan  Kemakmuran
                                   Bersama 2030.

                                    Saya berharap pelan ini menjadi  Game Changer kepada perkhidmatan
                                    penjagaan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi dan inovasi dalam
                                    perkhidmatan penjagaan kesihatan.


                                    DATUK AGO ANAK DAGANG
                                    Timbalan Menteri Kesihatan II

         XV
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23