Page 17 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 17

Pengukuhan proses pendigitalan akan
                                mampu membawa transformasi kepada
                                  sistem dan perkhidmatan penjagaan
                              kesihatan negara yang seterusnya berupaya
                             mengubah budaya masyarakat dalam urusan
                                           seharian dengan KKM.





                       Justeru itu, penggunaan teknologi digital akan diperkasakan melalui PSP KKM
                       2021-2025 ini. Pelan ini adalah  blueprint yang mengandungi garis panduan
                       pelaksanaan projek teknologi digital yang terancang. Pelan ini adalah selaras
                       dengan keutamaan keperluan pengurusan dan operasi KKM bagi tempoh
                       lima  tahun  yang disokong oleh  sistem  aplikasi,  teknologi, pembangunan
                       sumber manusia dan tadbir urus teknologi digital.


                       Pengukuhan proses pendigitalan akan mampu membawa transformasi
                       kepada sistem dan perkhidmatan penjagaan kesihatan negara yang
                       seterusnya berupaya mengubah budaya masyarakat dalam urusan seharian
                       dengan KKM. Tambahan pula, cabaran dan beban penyakit masa kini
                       menuntut agar kita lebih berinovasi dengan lebih cepat dan cekap. Justeru,
                       penggunaan teknologi dan kemahiran digital yang lebih luas serta menepati
                       norma baharu kehidupan amat diperlukan. Untuk itu, pelan dan strategi
                       pendigitalan KKM mestilah berupaya menepati harapan tinggi masyarakat
                       dalam  memberi  manfaat  serta  kesan  baik  kepada pembangunan  ekonomi
                       dan daya saing negara terutamanya dari sudut kesihatan.


                       Akhir kata, menjadi harapan agar setiap warga kerja KKM dapat mengenal
                       pasti dan memahami hala tuju teknologi digital yang ditetapkan. Marilah
                       kita bersama-sama memberi komitmen penuh dan berusaha gigih untuk
                       memastikan proses pendigitalan ini dapat direalisasikan dalam memastikan
                       visi dan misi Kementerian dapat terus dicapai pada masa-masa yang
                       mendatang.


                       Terima kasih





                       YB KHAIRY JAMALUDDIN
                       Menteri Kesihatan









                                                                                                            XIV
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22