Page 16 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 16

PERUTUSAN

                                                 MENTERI KESIHATAN


                                                 Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
                                                 limpah   kurnia   dan  hidayah-Nya,   Pelan  Strategik
                                                 Pendigitalan Kementerian Kesihatan Malaysia (PSP KKM)
                                                 2021-2025 dapat dihasilkan dengan jayanya.


                                                 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia dan
                                                 negara pada tahun 2020 telah memberi kesan kepada
                                                 kesejahteran hidup rakyat dan keadaan ekonomi negara.
                                                 Bagi memastikan penularan COVID-19 terkawal, pelbagai
                                                      langkah dilaksanakan oleh Kerajaan termasuklah
                                                           dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan
                                                             Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan
                                                             dan  Pengawalan Penyakit  Berjangkit  (Akta
                                                             342) serta menjalankan proses pengesanan,
                                                              saringan, pengasingan serta rawatan kepada
                                                               pesakit COVID-19. Pada masa yang sama,
                                                                 Kerajaan juga mengimbanginya dengan
                                                                  kelangsungan hidup rakyat menerusi
                                                                  pelbagai pakej bantuan dan perangsang
                                                                  ekonomi    yang   telah  diumumkan
                                                                  sepanjang tempoh dua tahun yang lalu.


                                                                   Walaupun berhadapan dengan cabaran
                                                                  besar dan beban berat, COVID-19
                                                                  ini juga secara tidak langsung telah
                                                                   membuka suatu ruang pembaharuan
                                                                   menerusi   amalan    norma   baharu
                                                                  apabila transformasi digital menjadi
                                                                  kaedah pemudah cara untuk memenuhi
                                                                 jangkaan pemegang taruh dan pelanggan
                                                                 bagi menjamin sistem penyampaian
                                                               yang efisien dan efektif. Kini, penggunaan
                                                              teknologi digital seperti transaksi tanpa tunai
                                                             atau janji temu dalam talian telah menjadi
                                                 sebahagian daripada cara hidup yang memerlukan KKM
                                                 mengubah cara kerja supaya menjadi lebih kreatif, produktif
                                                 dan responsif.







         XIII
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21