Page 20 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 20

PERUTUSAN

                              KETUA PENGARAH KESIHATAN


                               Assalamu’alaikum   Warahmatullahi    Wabarakatuh    dan   Salam
                               Sejahtera.

                               Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan atas kejayaan
                               menghasilkan Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Kesihatan
                               Malaysia (PSPKKM) 2021-2025. Sekalung penghargaan dan ucapan
                               tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus
                                menghasilkan dokumen ini. Saya pasti pelbagai dugaan telah
                                berjaya ditempuhi dalam menghasilkan PSP KKM 2021-2025 ini
                                tatkala  negara  sedang  berhadapan  dengan  situasi  sukar  pandemik
                                COVID-19.

                                       Kementerian    Kesihatan   Malaysia  sentiasa   komited
                                          memastikan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat
                                          adalah   yang   terbaik  walaupun    negara   sedang
                                          menghadapi cabaran getir memerangi gelombang
                                         pandemik COVID-19 yang semakin meruncing. Perkara
                                         ini bersesuaian dengan misi KKM iaitu untuk memastikan
                                        sistem kesihatan yang berkualiti tinggi, berinovatif, dan
                                        berteknologi tinggi kepada semua rakyat Malaysia.


                                       Bagi mempertingkatkan lagi prestasi penjagaan kesihatan
                                       yang mampan lagi berkualiti, sistem kesihatan sedia ada
                                      perlu melalui proses transformasi seiring dengan perubahan
                                      teknologi dan situasi semasa yang mencabar ini. Sehubungan
                                      itu, PSP KKM 2021-2025 merupakan satu pelan komprehensif
                                      yang akan membantu merealisasikan usaha murni ini.
                                      Pelan ini akan menggariskan hala tuju baharu dalam usaha
                                       menambahbaik     penyampaian   perkhidmatan    kesihatan
                                       kepada rakyat.


                                      Akhir sekali, saya berharap agar semua pihak dapat bersama-
                                     sama berganding bahu melaksanakan inisiatif yang telah
                                    dirancang dalam PSP KKM 2021-2025. Dengan kesungguhan
                                    dan usaha penuhdedikasi, tidak mustahil Malaysia  akan
                               berjaya menghasilkan satu sistem penjagaan  kesihatan  yang  lebih
                               komprehensif dan responsif yang akan menjadi kebanggaan kita.




                               TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
                               Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia





        XVII
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25