Page 19 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 19

PERUTUSAN

                      KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN



                      Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
                      Sejahtera.


                      Alhamdulillah  syukur ke hadrat  Ilahi kerana  dengan  limpah
                      kurniaNya dapat kita bangunkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP)
                      KKM 2021 2025 dengan jayanya.


                      Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
                      terima kasih kepada semua pihak yang telah menggembleng
                      tenaga  dan  memberikan  kerjasama  untuk  sama-sama
                      menyediakan PSP ini. Meskipun kita menghadapi pelbagai
                      cabaran dalam membangunkan  dokumen ini semasa
                      pandemik COVID-19, tetapi dengan usaha gigih dan
                      komitmen tinggi yang diberikan oleh semua pihak yang
                      terlibat, kita telah berjaya menghasilkan satu pelan
                      pendigitalan yang komprehensif sebagai perancangan
                      hala tuju strategik ICT di Kementerian ini.

                      Dengan adanya PSP ini, adalah diharapkan supaya
                      perancangan pendigitalan di Kementerian ini dapat
                      dilaksanakan secara holistik selaras dengan hasrat Kerajaan
                      untuk mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah
                      negara berpendapatan tinggi berpacukan pendigitalan di
                      rantau Asia Tenggara. Inisiatif melalui penggunaan teknologi
                      dan inovasi digital ini berupaya mempertingkatkan sistem
                      penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia
                      demi kesejahteraan rakyat.




                      DATO’ SRI MOHD SHAFIQ BIN ABDULLAH
                      Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia















                                                                                                            XVI
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24