Page 24 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 24

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                                                                                                                              PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
                 2021 - 2025                                                                                                                                                                                      2021 - 2025

                 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                                                                                                                                    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA





































                1.1  PENGENALAN



                     Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Kesihatan Malaysia (PSP KKM) 2021-2025
                     merupakan perancangan inisiatif ICT sejajar dengan hala tuju Pelan Strategik KKM 2021-
                     2025 dan menyokong agenda digital sektor awam yang digariskan dalam Pelan Strategik
                     Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025. Pembangunan PSP KKM 2021-2025
                     memberikan hala tuju strategik ICT dan rangka kerja yang diperlukan untuk meningkatkan
                     sistem perkhidmatan digital yang menuju ke arah perkhidmatan penjagaan kesihatan yang
                     lebih cekap, meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan selaras dengan
                     keperluan bisnes KKM bagi tempoh 2021 sehingga 2025.

                     PSP KKM 2021-2025 merupakan penjenamaan semula Pelan Strategik ICT yang keempat.
                     Pelan  Strategik ICT  KKM yang  pertama dibangunkan  bagi tempoh 2005 hingga 2010,
                     yang kedua dibangunkan bagi tempoh 2011 hingga 2015 dan yang ketiga dibangunkan
                     bagi tempoh 2016 hingga 2020. Pelan Strategik ICT KKM yang keempat bagi tempoh 2021
                     hingga 2025 disediakan kerana Pelan Strategik ICT KKM Tahun 2016 hingga 2020 telah
                     tamat tempoh dan perancangan ICT yang baharu perlu disediakan.


                     PSP KKM 2021-2025 dibangunkan secara dalaman dengan khidmat rundingan daripada
                     Unit Perundingan Perancangan Strategik ICT, Bahagian Perundingan ICT di MAMPU yang
                     telah menggabungkan pendekatan Perancangan Strategik ICT dan Enterprise Architecture
                     (EA).

















          2 2
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29