Page 22 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 22
KATA ALU-ALUAN
SETIAUSAHA BAHAGIAN
PENGURUSAN MAKLUMAT
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah
menggembleng tenaga untuk menghasilkan dan menerbitkan dokumen Pelan
Strategik Pendigitalan Kementerian Kesihatan Malaysia (PSP KKM) bagi
tempoh 2021-2025. Empat teras strategik pendigitalan yang terkandung
di dalam dokumen PSP KKM 2021–2025 ini diharapkan dapat dijadikan
asas dan rujukan untuk merancang pelaksanaan program transformasi
dan inovasi pendigitalan perkhidmatan di KKM.
Pelaksanaan pelan tindakan PSP KKM 2021–2025 ini disokong dan
dimantapkan melalui penerapan Enterprise Architecture (EA).
Artifak EA high-level KKM dirangka untuk menjajarkan keperluan
pendigitalan perkhidmatan kesihatan dengan memberi
gambaran jelas hubungan diantara bisnes dan
teknologi ICT. Penerapan EA penting
bagi memastikan inisiatif yang dirancang
dapat dilaksanakan dengan berkesan
untuk mencapai hala tuju pendigitalan
perkhidmatan penjagaan kesihatan. Ini
adalah kerana sumber ICT dapat digunakan
secara optimum dan inisiatif pendigitalan
dapat dilaksanakan secara berintegrasi.
Semoga PSP KKM 2021–2025 ini dapat dijadikan rujukan
dan dilaksanakan dengan jayanya bagi menyokong visi dan misi
KKM. Akhir kata, saya amat bersyukur kerana KKM dapat merangka satu
pelan perancangan yang komprehensif sebagai kesinambungan dalam
mempertingkatkan penggunaan ICT kearah pendigitalan perkhidmatan
penjagaan kesihatan seiring dengan norma baharu pasca pandemik COVID-19
yang selaras dengan inisiatif MyDigital.
FAZLINA HASHIM
Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Kesihatan Malaysia
XIX

