Page 21 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 21

PERUTUSAN

                  KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)

                  Salam Sejahtera.

                  Terlebih  dahulu  saya  ingin  merakamkan  setinggi-tinggi  penghargaan
                  dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
                  menyumbangkan idea dan tenaga bagi menghasilkan Pelan Strategik
                  Pendigitalan (PSP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2021-2025.


                  Pelan ini merupakan satu rangka kerja yang komprehensif ke arah
                  mewujudkan persekitaran penggunaan dan pembangunan ICT yang
                  terancang untuk tempoh lima tahun bermula tahun 2021 hingga 2025.


                  Pelan  ini  akan  membantu  KKM  dalam  mengenal  pasti  pelbagai
                  isu, cabaran, kekuatan dan kelemahan pembangunan pendigitalan
                  bagi mewujudkan aplikasi yang bersepadu, cekap dan berkesan
                  menerusi  perkembangan  teknologi  terkini  untuk  menghasilkan  sistem
                  penyampaian perkhidmatan KKM yang berfokus pelanggan, dinamik
                  dan pantas, mengambil kira budaya kerja norma baharu.


                  YAB Perdana Menteri telah melancarkan MyDIGITAL pada 19 Februari
                  2021. MyDIGITAL merupakan inisiatif yang melambangkan
                  aspirasi  kerajaan  untuk  mentransformasi   Malaysia
                  menjadi negara berpendapatan tinggi yang berpacukan
                  pendigitalan.  Justeru, saya berharap PSP KKM 2021-
                  2025 yang dibangunkan dijajarkan dengan inisiatif
                  MyDIGITAL.


                  Perancangan  yang  teliti  dan  strategik  merupakan
                  kunci kepada kejayaan dalam setiap program yang
                  dirancang dan dilaksanakan  oleh  sesebuah  organisasi.
                  Justeru, PSP KKM 2021-2025 ini dibangunkan dengan
                  memfokuskan kepada pelaksanaan program berasaskan
                  teknologi maklumat dan komunikasi bagi menyokong
                  pembangunan dan penambahbaikan sistem aplikasi,
                  pembangunan infrastruktur digital, tadbir urus dan
                  pembudayaan pendigitalan bagi membantu golongan
                  sasar Kementerian dan fasiliti serta agensi di bawahnya
                  dalam merealisasikan visi dan misi KKM.


                  Akhir kata, besarlah harapan saya agar semua warga KKM dapat
                  menggunakan pelan ini dan diaplikasikan secara kreatif dan inovatif
                  bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan KKM memenuhi
                  kehendak pelanggan. Seterusnya, saya berharap semua strategi dan
                  program yang telah dirancang dalam PSP KKM 2021-2025 ini dapat
                  dilaksanakan dengan jayanya selaras dengan visi dan misi KKM.



                  DATUK HARJEET SINGH HARDEV SINGH
                  Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Kementerian Kesihatan Malaysia

                                                                                                            XVIII
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26