Page 113 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 113
PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
2021 - 2025 2021 - 2025
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
iv. Meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran Kementerian serta
perkhidmatan sepunya (common services) yang menyokong integriti transaksi dan
komunikasi merentas agensi berlandaskan prinsip saling kendali (interoperability)
dan Whole-of-Government (WoG).
8.1.3 Skop Pembangunan EA Bagi PSP KKM
Skop pembangunan EA bagi PSP KKM adalah di peringkat strategik yang akan
digunakan sebagai asas penentuan sasaran pelaksanaan pendigitalan meliputi hala
tuju organisasi dan perkhidmatan kesihatan. Pembangunan rajah arkitektur yang telah
dibangunkan berbanding artifak EA keseluruhan adalah seperti di Jadual 8.1:
Jadual 8.1: Rajah Arkitektur Bagi PSP KKM
Business Process Application Usage
Motivation Viewpoint Viewpoint (Lima Fungsi) Viewpoint (Dua Fungsi)
Technology Usage Landscape Map Landscape Map
Viewpoint Viewpoint (As-Is) Viewpoint (To-Be)
Business Function Information Structure Strategy Viewpoint
Viewpoint Viewpoint
Work Package Priority Capability Map Application
Map Viewpoint Viewpoint Cooperation Viewpoint
Consolidated Gap, Solution & Application & Technology
Work Package Viewpoint Portfolio Viewpoint
Implementation &
Migration Viewpoint Technology Viewpoint
8.1.4 Tadbir Urus EA Peringkat Kementerian
Tadbir urus yang cekap merupakan satu faktor penting kejayaan sesebuah organisasi.
Pasukan projek EA KKM telah dilantik menggunakan perjawatan sedia ada melalui surat
lantikan bertarikh 26 Oktober 2020.
Tadbir urus EA peringkat Kementerian diketuai oleh Champion EA daripada Bahagian
Pengurusan Maklumat dan Bahagian Perancangan yang mempunyai pengalaman
menyeluruh dalam persekitaran perkhidmatan kesihatan dan ICT. Champion EA akan
mengetuai pembangunan arkitektur semasa dan arkitektur sasaran Kementerian serta
memantau program-program yang menjajarkan strategi business dan ICT.
Project Management Office (PMO) EA ditubuhkan untuk berfungsi sebagai Pejabat
Pengurusan Perubahan dan Pasukan Pengurusan Projek EA. Tanggungjawab PMO
termasuklah mengurus dan menyelaras aktiviti EA bagi mencapai matlamat arkitektur
yang disasarkan, memantau pelaksanaan tindakan serta menguruskan permohonan
perubahan arkitektur dan melaksanakan program kesedaran berkaitan inisiatif EA.
91
91